November 16, 2024

PUTRAJAYA: Apa sahaja yang dibuat oleh orang lain tidak akan dapat diterima oleh Mahathir walaupun senario dan situasinya sama ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Mahathir boleh melantik individu yang sedang menghadapi kes mahkamah ke jawatan penting di dalam pentadbiran negara iaitu Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, ada kes berprofail tinggi ditarik balik walaupun kes tersebut sedang berjalan di mahkamah.

Mahathir ketika berkuasa berpegang kepada prinsip “seseorang tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan bersalah”. Mahathir akan pekakkan telinga dan meneruskan keputusannya melantik individu yang sedang berhadapan kes rasuah. Bagi Mahathir, prinsip tersebut wajar dihormati dan ianya merupakan amalan demokrasi tahap tertinggi yang perlu diterima oleh semua rakyat di negara ini. Prinsip ini tidak boleh dicabuli.

Kini, apabila tidak lagi menjadi perdana menteri dan sudah ditolak oleh rakyat sepenuhnya di dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Mahathir tidak lagi berpandangan dan berpegang dengan prinsip “innocent until proven guilty”.

Tiada yang elok di mata Mahathir dan tiada satu pun yang dilakukan oleh perdana menteri selain dari beliau adalah betul. Yang betul hanyalah beliau walaupun wujudnya kes berbaur konspirasi dendam politik. Wujudnya kes yang tidak lengkap dengan dokumen kertas siasatan namun pendakwaan perlu dijalankan seperti yang didakwa oleh Sharir Samad di dalam kesnya. Bagaimana dengan kes Zahid dan kes Najib?

Setiap kenyataan Mahathir akhirnya lebih bersifat kepentingan politik peribadi dan tiada satu pun boleh dijadikan panduan. Pentadbiran negara ini bukan berkisar dengan cara dan pemikiran Mahathir yang semakin rosak sahaja. Mungkin Mahathir sedang berusaha mengalihkan isunya yang bakal berhadapan dengan siasatan kerana Anwar sejak dahulu lagi sentiasa menyebut bahawa Mahathir amat takut sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *