November 21, 2024

WTC: Geng broker yang masih tidak dapat move-on mencari jalan untuk terus menerus merosakkan imej Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi. Geng upahan yang dahulunya memakan dedak merata tempat tidak boleh menerima hakikat DS Zahid tidak membawa UMNO dan BN kepada Muhyiddin tetapi sebaliknya menerima Pakatan Harapan di dalam membentuk kerajaan hari ini.

Usaha mereka dengan pelbagai naratif tidak terhenti walaupun Zahid telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana kini geng broker menggunakan naratif bahawa Zahid akan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO tanpa dicabar pada pemilihan akan datang. Naratif tersebut juga akan disusun jalan ceritanya berkait dengan kedudukan Dato Seri Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Geng broker lupa bahawa hampir setiap kali tiba musim pemilihan parti UMNO, suara dari akar umbi dan peringkat kepimpinan tertinggi sentiasa ada memberi pandangan supaya jawatan nombor satu parti tidak dipertandingkan untuk mengelak perpecahan lebih besar berlaku. Pandangan dari pelbagai peringkat parti ini adalah lambang kebebasan bersuara di dalam parti dan bukti UMNO kekal mengamalkan demokrasi termasuk siapa sahaja boleh bersuara selagi tidak melanggar perlembagaan parti.

Geng broker sebenarnya masih gigih mengadu domba supaya imej Presiden parti dipandang buruk oleh ahli akar umbi dan nampak pengecut.

Geng broker cuba menutup kebenaran bahawa pada pemilihan penggal yang lalu, Zahid dicabar oleh dua pemimpin UMNO yang lain iaitu Ku Li dan KJ dengan keputusan majoriti yang besar. Zahid ketika itu tidak berjawatan di dalam kerajaan.

Geng broker mungkin lupa sejarah Zahid di awal perjalanan politiknya. Zahid bertanding jawatan Ketua Pemuda Malaysia ketika beliau tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan dan melawan pemimpin UMNO yang berjawatan menteri dan Ketua Menteri.

Ahli UMNO sudah matang untuk menilai siapa yang jujur dan ikhlas untuk memastikan UMNO terus kekal relevan dan siapa yang hanya menjadi pak turut musuh UMNO yang sentiasa mencari jalan untuk musnahkan UMNO.

Pergerakan geng broker mudah dibaca. Geng ini sebenarnya cuba mengalihkan perhatian bahawa pay-master mereka telah didedahkan oleh Hj Hadi Awang maka geng ini konsisten menyerang dan memfitnah Presiden UMNO.

Sekiranya Hishammuddin, Ismail dan KJ ingin bertanding jawatan tersebut maka tidak perlulah geng broker mengadu domba cuba merosakkan reputasi Zahid dengan naratif bahawa beliau seorang yang penakut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *