December 18, 2024

PRESIDEN UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat meneruskan amalan UMNO dan BN iaitu tradisi membela rakyat. Rakyat yang bantu tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Tradisi inilah yang mendekatkan dan meyakinkan rakyat kepada UMNO dan BN sejak dari awal penubuhan parti terbesar ini.

Berkuasa dengan amalan rasuah pengundi tidak akan kekal lama malah merosakkan sistem demokrasi negara. Rakyat perlu diberi pencerahan mengenai halatuju parti politik dan bukannya dididik dengan rasuah wang. Mandat dari rakyat perlu bersih dari amalan jijik tersebut dan barulah negara memperolehi kerajaan yang benar-benar integriti.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat tidak menunggu lama untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. DS Zahid juga telah mengarahkan agensi keselamatan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia, bomba, polis, pasukan JPAM, rela dan seumpamanya supaya menggerakkan aset kecemasan masing-masing dengan segera.

Bagi DS Zahid, yang penting nyawa rakyat perlu diutamakan tanpa diskriminasi fahaman politik. Riak wajahnya tenang setiap kali mengendalikan mesyuarat jawatan kuasa tersebut. Tiada tanda kecewa akibat keputusan pilihanraya umum (parlimen) ke-15 baru-baru ini di Kelantan dan Terengganu.

DS Zahid juga telah mengarahkan kepimpinan UMNO dan BN di Kelantan dan Terengganu supaya meneruskan khidmat bakti kepada rakyat bagi menyakinkan rakyat bahawa UMNO dan BN tidak pernah sekali-kali akan meninggalkan rakyat yang selama ini dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *