December 18, 2024

“Dia masih muda, darah orang muda, masih baru lagi dengan politik dan tatakelola berkempen di pentas apabila berhadapan dengan orang awam”.

“Kadang-kadang orang lama pun menggunakan kaedah serangan peribadi dengan merekayasa kata-kata halwa menyedapkan telinga untuk menarik perhatian orang yang datang mendengar ceramah, saya maafkan apabila melibatkan serangan memburuk dan menghina peribadi saya cuma jangan memfitnah parti saya” kata Zahid apabila diminta mengulas tentang video yang tular mengenai ucapan Young Syefura ketika berkempen baru-baru ini.

Musuh politik UMNO dan BN akan sentiasa mencari titik panas serangan supaya hubungan PH dan UMNO akan rosak dan kerajaan perpaduan tidak kuat.

Mengenali sosok tubuh Presiden UMNO ini, beliau sudah kalis dengan kata nista hinaan terhadap dirinya. Bagi DS Zahid Hamidi, beliau lebih mengutamakan imej UMNO dan BN kerana pemimpin datang dan pergi tetapi parti yang banyak jasanya kepada rakyat ini tidak boleh sewenang-wenangnya dihina dan difitnah.

DS Zahid telah membuktikan kepada ahli parti dan rakyat bahawa mana-mana individu termasuk pemimpin atau ahli UMNO yang menghina dan merosakkan parti dengan apa cara sekali pun termasuk sabotaj parti pasti akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dengan pemecatan keahliannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *