November 16, 2024

Kota Bharu: Mengenali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau bukannya jenis individu yang terkesan dengan serangan peribadi terhadapnya. Hinaan dan cercaan adalah asam garam perjalanan politik beliau.


Hinalah dengan apa gelaran sekali pun, Zahid tidak ambil peduli dan jauh sekali menyimpannya di dalam hati malah tidak terlintas baginya untuk membalas dendam.

Hakikatnya tidak semua rakyat di Kelantan mengambil naratif yang dirancang oleh musuh politiknya dan perancangan sebelum dan semasa kempen pilihanraya umum ke-15 adalah kempen menimbulkan persepsi jahat dan dilihat berjaya kerana akhirnya keputusan pilihanraya mendapati BN ditolak 100% bagi kerusi parlimen di Kelantan.

Sekarang rakyat Kelantan diuji dengan bala banjir sehingga meragut beberapa nyawa. Zahid tidak menunggu lama untuk bertindak. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Zahid turun ke Kelantan untuk meninjau sendiri lokasi yang terkesan dengan bala banjir tersebut. Apa yang Zahid lakukan adalah bukan pergi berselfie atau lakukan tindakan populis tetapi Zahid terus meluluskan peruntukan khas membeli alat untuk menangani masalah air termenung akibat banjir kilat. RM12juta bukan suatu isu tetapi yang menjadi tumpuan adalah tindakan segera bagaimana untuk selesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat. Tidak timbul pun soal Zahid meminta kerajaan negeri yang membantu rakyat. Inilah antara bukti bagaimana pemimpin yang tidak menghiraukan kejian yang dicipta terhadapnya.

Perhatikan, bagaimana respon Zahid apabila UMNO dan BN difitnah dan dihina. Ada ahli malah pemimpin UMNO yang telah dibuang dari parti akibat perlakuan memburukkan parti.

Ada pihak yang mula takut bahawa naratif Zahid akan bersalah di mahkamah bakal gagal. Konspirasi terancang tidak akan kekal lama. Haq datang dan bathil pasti akan pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *