December 18, 2024

PARLIMEN: Ketua pembangkang, Hamzah Zainuddin dilihat berjaya sebagai ketua pembangkang pada hari pertama perbahasannya apabila dengan secara sinis dan tidak langsung menyerang peribadi PM10, Anwar Ibrahim.

Hamzah membuka perbahasannya dengan mendesak Anwar supaya bertindak menghantar notis saman terhadap sebuah portal dari Italy, Agenzianova.com yang menerbitkan satu artikel yang bertajuk “malaysia: first full-blown homosexual elected prime minister in an Islamic country” yang bertarikh 24 November 2022.

Timbul persoalan. Kenapa sampai ke hari ini, portal berita internet itu tidak dapat diakses. Biasanya kerana trafik atau aliran bacaan yang melebihi kadar upaya kemasukan pembaca pada satu-satu masa yang ditetapkan oleh penyedia akses laman tersebut. Adakah ianya satu portal yang dibina khusus dijadikan kononnya sumber rujukan Hamzah pada hari pembukaan parlimen sahaja? Portal yang dicipta dengan menggunakan teknik dan teknologi penyamaran tetapi sebenarnya bukanlah sebuah portal berita. Anda klik sebanyak dan selama mana di link yang tertera tetapi tiada sebarang tindak balas dari portal tersebut.

Teknologi boleh dibuat dan hanya yang pakar boleh membinanya dan kosnya mampu dibayar bagi yang mempunyai wang yang banyak tanpa limit untuk dibelanjakan demi mencapai hasrat tertentu.

Persoalan juga timbul, kenapa Hamzah bersusah payah menjadikan portal tersebut sebagai alat serangan peribadi kepada Anwar dan tidak terus sahaja membuka atau mengenang kembali kes-kes yang pernah Anwar lalui di negara ini? Adakah Hamzah tidak yakin bahawa kes berkenaan adalah benar atau sekadar sebuah konspirasi? Kenapa perlu bersusah payah mengaitkan berita terbitan kononnya dari Italy melalui gesaan tindakan saman?

Hamzah sendiri tidak berani untuk menyaman Anwar apabila Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Perikatan Nasional mendapat dana politik daripada syarikat perjudian bagi kempen PRU15.

Hamzah juga pernah menyaman Anwar kerana kononnya telah mengganggu isterinya tetapi dia menarik balik saman tersebut.

Kali ini cubaan Hamzah melalui sidang parlimen untuk memalukan Anwar nampaknya tidak juga berjaya. Carian mendapati ada portal yang mirip namanya adalah portal yang kandungannya hanyalah penerbitan video temubual satira yang bukannya kandungan politik.

Kalau benarlah wujudnya terbitan artikel tersebut, Hamzah perlu dedahkan kerana artikel tersebut sudah berada di laman portal itu sejak 24 Nov 2022 lagi.

Sehingga kini, tiada satu media yang memaparkan isi penuh kandungan berita tersebut. Hamzah dilihat berjaya gamatkan dewan parlimen tetapi gagal menyusun serangan dendam bersifat peribadi. Masih marah kisah isterinya diganggu? Siapa yang membawa kisah tersebut? Isteri atau Anwar atau rakaman curi yang menggunakan teknik kesamaan suara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *