December 18, 2024

Machang: Ahmad Jazlan adalah individu pertama yang dilantik kembali setelah kerajaan perpaduan mengumumkan pemecatan serta merta lantikan politik dari kerajaan terdahulu, kerajaan campuran di bawah Muhyiddin dan Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Ismail.

Apa yang dilaporkan oleh media tidak tepat. Tidak ada media yang memberitakan bahawa pemberhentian tugas itu adalah perkara biasa apabila kerajaan bertukar samada kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat dan penggantian harus dilakukan segera mengikut peraturan yang telah lama ada.

Apabila TPM DS Zahid mengumumkan perlantikan semula Dato Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra, media berhaluan Muhyiddin dan pro pembangkang mula menyerang kerajaan perpaduan dengan naratif “u-turn” dan “bercakap tidak serupa bikin”. Sedangkan isu utamanya adalah penamatan kontrak individu lantikan yang berlainan parti dan tidak selari dengan kerajaan ketika ini adalah perkara normal. Bagaimana pengurusan dan pentadbiran boleh dilakukan dengan baik selagi adanya kutu atau halangan dari dalam agensi atau kementerian itu sendiri.

Setiap perlantikan melalui kuasa politik, tidak mengira dari parti mana yang memerintah sekali pun, pemilihan dibuat mengikut kriteria tertentu termasuk pengalaman dan juga kelayakan akademik.

Media pro Muhyiddin dan pembangkang tidak sepatutnya menjadikan isu lantikan politik ini sebagai polemik yang berkepentingan sehingga menimbulkan salah faham rakyat terhadap amalan kerajaan selama ini.

Berita pertama disebarkan sudah membawa jalan cerita yang salah. Kerajaan Perpaduan tidak menyebut secara terperinci bahawa amalan meletakkan wakil parti yang berkelayakan di syarikat atau agensi strategik akan dihentikan sama sekali dan diganti dengan individu yang non-partisan.

Memecat wakil Perikatan Nasional yang berkiblatkan Muhyiddin adalah langkah yang harus dan tepat dibuat demi misi dan visi kerajaan perpaduan dapat dicapai mengikut perancangan yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *