October 16, 2024

PASIR MAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meluluskan pembelian enam unit pam bergerak dianggarkan bernilai RM12 juta yang mampu mengatasi masalah banjir termenung di negeri ini.

Keutamaan penggunaan pam berkenaan membabitkan kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang yang menjadi kawasan utama banjir di negeri ini.

Walaupun di sepanjang kempen pilihanraya umum ke-15, DS Zahid dihina dengan pelbagai gelaran namun beliau tidak berdendam. Bagi DS Zahid, mencerca batang tubuhnya tidak mengapa tetapi jangan menghina UMNO dan Barisan Nasional malah jangan difitnah dan mengganggu gugat Kerajaan Perpaduan yang fokusnya adalah kepada rakyat.

Rakyat Kelantan membuat keputusan menolak Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sepenuhnya. Ini bukan alasan Kerajaan Perpaduan meminggirkan Kelantan. DS Zahid berjiwa besar, tiada yang lebih penting daripada membantu rakyat di seluruh negara.

Negara masih tidak pulih sepenuhnya daripada virus covid19, kesan daripada penyakit ini masih besar dan wujud lompongan yang perlu ditutup segera. Rakyat sedang membina kehidupan dan negara sedang memulih ekonomi, kenapa perlu berpolitik sepanjang masa?

Yang menang perlu berkhidmat kepada rakyat dan yang kalah perlu memberi sekurangnya idea bagaimana jalan terbaik supaya negara stabil dan makmur.

Kerajaan Perpaduan memberi fokus penyelesaian kos sara hidup rakyat serta rakyat mampu meraih pendapatan tinggi dari pelbagai sektor dan memastikan negara mencapai status ekonomi yang lebih baik dari sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *