December 18, 2024

PUTRAJAYA: Tekanan dan desakan yang datang dari kelompok yang bergelar broker Muhyiddin gagal di dalam cubaan mendesak Zahid supaya tidak bertanding di pilihanraya umum lepas.

Kumpulan gila kuasa yang pro Muhyiddin ini pada awalnya mendesak Zahid berehat dari jawatan presiden parti dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kes mahkamahnya. Alasan yang digunakan adalah sama, kes mahkamah Zahid bakal menyebabkan BN kalah. Dengan alasan tersebut juga mereka menekan Zahid supaya jangan bertanding.

Bagaimana pun Zahid membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengikut desakan kumpulan broker Muhyiddin. Ternyata Zahid lebih bijak, beliau mengenakan syarat kepada setiap calon BN wajib untuk tandatangan akuan bersumpah dengan memberikan Zahid kuasa penuh membuat keputusan sekiranya BN perlu bergabung. Hasrat kumpulan broker Muhyiddin tidak kesampaian. Bermula dengan keputusan untuk menjadi pembangkang sepenuhnya tetapi atas nasihat istana, Zahid membuat keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan. Zahid juga bersetuju dengan kehadiran Perikatan Nasional di dalam kerajaan tersebut tetapi menegaskan tidak bersetuju sekiranya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Zahid sudah dapat menghidu Muhyiddin bakal memecahbelahkan UMNO dan BN demi pengukuhan kuasa PN sekiranya Muhyiddin menjadi PM10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *