December 18, 2024

Putrajaya: Secara benarnya, PKR, PAS, PPBM dan yang sealiran dengan mereka ini ditubuhkan untuk melawan Barisan Nasional. Kenapa parti politik ini melawan? Mereka gunakan alasan berbeda pandangan dan idealogi. Tiada niat lain selain tonjolkan perbedaan halaurus negara.

Tetapi yang terlalu ekstrim ingin melawan UMNO hinggakan berniat untuk mengharamkan adalah Muhyiddin Yassin.

Pendedahan terbaru Presiden UMNO DS Zahid Hamidi memang mengejutkan ramai pihak.

UMNO sendiri boleh melihat wujudnya dua “seseorang”. Seseorang yang ingin mengharamkan UMNO dan Seseorang yang menyelamatkan UMNO dari diharamkan. Kedua mereka dari kumpulan yang sama ketika itu, Pakatan Harapan. Seseorang yang berjawatan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Seseorang yang baru keluar dari penjara.

Betapa benci dan dendamnya Muhyiddin kepada UMNO sehingga dokumen untuk mengharamkan UMNO sudah berada di atas mejanya tetapi hasrat dan tindakan gilanya tidak kesampaian. PAS pula tidak dapat dipastikan, adakah bersetuju dengan tindakan Muhyiddin tersebut kerana PAS dilihat sudah menjadi kerbau lembik yang dicucuk hidung.

Ketika merompak kerajaan dari Pakatan Harapan, Muhyiddin juga turut membunuh karier politik Mahathir dengan memecatnya dari PPBM sedangkan Mahathir adalah pengasas utama parti tersebut. Di waktu yang sama, Muhyiddin tunjukkan beliau perlukan UMNO tetapi bukannya Zahid dan Najib. Muhyiddin menghina UMNO secara tidak langsung apabila hanya menggunakan geng broker untuk memujuk Zahid dan Najib menandatangani surat akuan bersumpah menyokong beliau menjadi PM8. Muhyiddin tidak datang dan berjumpa sendiri Zahid untuk kali pertama. Apabila terdesak barulah Muhyiddin tunjukkan beliau perlukan presiden UMNO tetapi masih menolak Zahid sebagai sebahagian dari kerajaan. Alasan cukup mudah, Zahid ada kes di mahkamah. Ramai boleh meneka, itu bukan alasan tetapi lorongan Zahid ke penjara, cara mudah untuk matikan karier politik Zahid dan Najib.

Bukti jelas ditunjukkan sekali lagi selepas PRU15, Muhyiddin hanya perlukan sebahagian ahli parlimen BN dan bukannya Zahid dan selebihnya. Sekali lagi amalan mencuri ahli parlimen berlaku dan kali ini usaha geng broker gagal kerana kebijakan Zahid dari awal melalui proses tanda setuju akuan bersumpah ketika calon BN menerima watikah. Di dalam kandungan akuan tersebut dinyatakan secara mudah dan jelas bahawa presiden mempunyai kuasa mutlak mempersembahkan kepada Agong secara en-block kerjasama dengan parti mana atau gabungan parti mana sekali pun. Perangai Muhyiddin tidak akan berubah, PAS akan terima balanya kelak.

Presiden UMNO membuat keputusan yang tepat memilih Pakatan Harapan demi kelangsungan survival UMNO untuk sepenggal ini. Bagaimana boleh menerima PN yang hanya menerima 10 orang geng broker untuk tubuhkan kerajaan dan baki 20 lagi hendak dicampak kemana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *