December 18, 2024

Naratif yang paling berkesan supaya perpecahan terus berlaku di dalam UMNO dan BN serta menimbulkan kebencian berterusan orang Melayu kepada DAP adalah mengenai halatuju perjuangan DAP yang dimomokkan cuba menyentuh keistimewaan Melayu dan Bumiputra serta DAP cuba mengganggu gugat kedudukan agama lslam sebagai agama rasmi persekutuan.

Maka apabila UMNO dan BN mengadakan kerja sama dengan DAP maka itulah saat ketikanya UMNO dikatakan telah tunduk menyerah kepada DAP dengan menggadaikan segalanya. Persepsi negatif ini semakin kuat dijadikan naratif kumpulan anti-presiden.

Kumpulan ini juga pro kepada Perikatan Nasional dah telah termalu dengan sendiri apabila tindakan mereka menyerah diri sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum lalu. Kumpulan ini beranggapan Muhyiddin berjaya membentuk kerajaan dengan bantuan surat akuan bersumpah yang mereka tandatangan. Akhirnya surat akauan bersumpah mereka hanyalah dokumen sampah dan tidak terikat kepada keabsahan undang-undang.

Naratif UMNO tunduk kepada DAP dimainkan lagi setelah gagal cubaan membawa UMNO kepada Muhyiddin melalui perancangan rompakan ahli parlimen.

DAP dan MCA ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum cina. Seperti UMNO, ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum Melayu dan Bumiputra. Apa sahaja yang perlu dilindungi dan diperjuangkan maka parti masing-masing akan lakukan. Tetapi akhirnya perlembagaan menjadi rujukan muktamad, peruntukan kepada kaum dan agama akan dirujuk kepada klausa tertentu di dalam perlembagaan negara.

Menanamkan kebencian terhadap parti politik dengan tohmahan berbaur hasutan adalah perkara yang tidak sihat.

Bagaimana boleh melabelkan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sekiranya memperlekehkan amalan agama dari Islam yang berada di parti politik yang lain. Berbeza sangatkah amalan Islam PAS dan UMNO?

PAS dan PPBM adalah dari serpihan UMNO. Bagaimana pula parti serpihan boleh dijadikan contoh perjuangan kerana dasar yang dibawa kedua parti tersebut adalah cedokan dari UMNO?

Kumpulan penyokong Muhyiddin cuba memberikan gambaran yang mengelirukan berkaitan dengan pembahagian kerusi, sanggupkah PAS dan PPBM menyerahkan kesemua kerusi milik UMNO dan BN sebelum ini? Sangguhkah Muhyiddin tidak menjadi ketua bagi ketiga gabungan besar parti Melayu ini? Sanggupkah untuk tidak meminta jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana selama ini itu adalah jawatan tradisi UMNO di dalam kerajaan BN?

Tujuan PAS dan PPBM ditubuhkan adalah berdasarkan kekecewaan kerana perebutan jawatan. Kemenangan besar PN di pru15 adalah kemenangan yang meragukan. Bukan petanda tsunami Melayu sepenuhnya.

Dalam politik, kawan bukan selamanya, musuh pun bukan musuh selamanya. UMNO dan PAS ada sejarah tersendiri berkawan sekejap dan bermusuh dengan jangkamasa yang lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *