December 18, 2024

Usaha geng broker yang berselindung di sebalik sayangkan UMNO hanya strategi kucar-kacirkan UMNO dari dalam sahaja.

Kumpulan yang sama juga cuba menimbulkan persepsi bahawa UMNO salah memilih Pakatan Harapan dan sepatutnya memilih Perikatan Nasional sebagai regu untuk memerintah negara. Alasan kononnya DAP adalah musuh utama UMNO sejak berpuluh tahun lamanya sedangkan yang sebenarnya PAS dan PPBM adalah parti yang cuba menggantikan tempat UMNO menjaga kepentingan Melayu dan Islam manakala DAP adalah sebuah parti yang fokusnya menjaga kepentingan kaum Cina sahaja.

Geng broker lupa bahawa sejak awal penubuhan lagi PAS dan PPBM cuba merosakkan imej UMNO. Kedua parti tersebut merupakan serpihan dari UMNO yang mana tertubuh atas dasar tidak puas hati dengan keputusan pemilihan parti.

Di zaman siapakah UMNO berpecah?

  1. Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh
  2. Mahathir memecat Anwar Ibrahim
  3. Najib memecat Muhyiddin

Ketika Zahid menjadi Presiden UMNO, tiada sebarang punca atau penyebab berlakunya perpecahan. Yang ada hanyalah cubaan memecah belahkan UMNO dari dalam oleh geng broker itu sendiri yang mempunyai kecondongan ke arah menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan membawa UMNO menyerah diri untuk disembelih hidup-hidup oleh beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *