December 18, 2024

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Abdul Rahman mendedahkan mendedahkan dia bertemu pemimpin Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Anggota parlimen Muar itu berkata pertemuan berlangsung selama dua jam, tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut perbincangan.

“Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepada Tan Sri Muhyiddin tetap kekal.

“Hormat kawan dan lawan. Dua jam berbual, catching up on life after elections.

“Tan Sri Muhyiddin juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak,” katanya.

Menulis di media sosialnya sebentar tadi, Syed Saddiq turut mengajak ke arah pembinaan semula Malaysia dengan maruah dan integriti.

Tanpa mengulas lanjut, dia juga menegaskan dia adalah seorang penyokong tegar prinsip dwipartisan.

“Untuk Malaysia jadi negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik,” katanya.

Syed Saddiq pernah menjadi ketua Pemuda Bersatu pimpinan Muhyiddin sebelum ini. 

Dalam pilihan raya umum bulan lepas dia Muda memilih Pakatan Harapan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai sekutunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *