December 18, 2024

UMNO sebagai sebuah parti Melayu terbesar di Malaysia mempunyai akar umbi yang sangat kuat. Kesatuan parti tersebut tidak seperti yang cuba digambarkan oleh Lokman Adam dan Zamil.

Struktur UMNO yang sempurna menghalang unsur-unsur negatif dari merosakkkan parti tersebut.

Top 5 antara yang membuat keputusan penting parti. Dalam perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan membelakangkan institusi presiden dan top 5 parti. Walaupun selama ini beliau ditohmah tidak merujuk kepada Top 5 namun hakikatnya tidak begitu.

Top 5 tahu apa yang mereka sedang lakukan untuk UMNO.

Akhirnya terbongkar Lokman Adam bertuankan pengkhianat parti untuk melihat UMNO berpecah dan Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihanraya Umum ke 15 (Pru-15).

Oleh itu,UMNO dan Presiden UMNO harus pecat Lokman dalam kadar segera.

Ismail Sabri telah menegaskan tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada PRU15. Ketika beliau berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) , beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan beliau ini menunjukkan segala keputusan yang dibuat berdasarkan perbincangan dalaman Top 5. Tidak wujud isu PM membelakangkan kepimpinan tertinggi UMNO seperti yang didakwa Lokman Adam dan Zamil.

Ismail Sabri menyeru pemimpin UMNO agar menguasai peperangan secara maya dan menjawab segala tuduhan serta serangan pihak pembangkang kepada BN dan kerajaan yang dilemparkan di media sosial.

Apa yang PM lakukan adalah membina kekuatan dan perpaduan dalam UMNO bagi menghadapi PRU15. Namun beliau dihujani dengan tohmahan yang tidak berasas pula oleh pihak yang cuba memecahbelahkan UMNO bagi memastikan BN kalah dalam PRU15. 

Pihak ini yang perlu diambil tindakan memandangkan kita tidak ada lagi masa untuk disia-siakan. Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Perang akan dilancarkan bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *