December 18, 2024

Memang tidak patut serangan yang dibuat oleh Lokman Adam terhadap pemimpin UMNO sendiri.  Baru-baru ini Lokman Adam membuat kenyataan melalui akaun media sosial Youtube milik peribadinya bahawa sekiranya Presiden UMNO Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri maka apa saja hukuman penjara ke atasnya akan dibatalkan. 

Benarkah kenyataan beliau tersebut? Kita perlu nilai semula apa sahaja kenyataan yang dibuat oleh Lokman.

Pengakuan Lokman tersebut menggambarkan beliau sudah dapat membayangkan bahawa akan kalah di kes yang sedang dihadapinya.

Kini tindakan Lokman menyerang kepimpinan UMNO selama ini dilihat bertujuan memecahbelahkan dan bukannya untuk menyatukan ahli UMNO. 

Beliau menyerang kepimpinan UMNO seolah-olah mempunyai motif jahat iaitu memburukkan imej UMNO BN.

Kenyataan Lokman tersebut akan membuatkan rakyat melihat UMNO BN bebas lalukan apa sahaja bila berkuasa?

Seekor musang perosak parti sudah dikenal pasti, musang berbulu ayam yang lain bakal didedahkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *