December 18, 2024

Mungkin ramai yang tidak perasan modus operandi bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam seolah-olah mahu Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15).

Hasutan demi hasutan yang dibuat oleh Lokman mengundang kebencian rakyat terhadap UMNO. Ia memberi impak “reverse psychology” dimana hasutan melampau memberi kesan sebaliknya.

Oleh itu, Lokman perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan Perdana Menteri dan institusi kehakiman. secara berterusan dan melampau.

Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan melemparkan tuduhan liar serta tidak berasas terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lebih-lebih lagi secara terbuka di media sosial.

Lokman bercakap seolah-olah dia jurucakap parti sedangkan beliau bukan ahli MKT dan tidak pernah dilantik menjadi jurucakap parti.

Baru-baru ini Lokman mempersoalkan tindakan BN menggunakan ‘poster boy’ Ismail Sabri untuk PRU-15. Fakta yang cuba dinafikan Lokman adalah keputusan ‘poster boy’ itu sudah dipersetujui ahli pada Perhimpunan Angung UMNO (PAU) lalu dan turut mendapat sokong rakyat.

Perlukah Lokman mempertikaikan keputusan PAU?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *