November 17, 2024

Pilihanraya Umum ke 15(PRU15) semakin hampir. Malangnya Lokman Adam masiih terus menghasut ahli UMNO bagi memastikan Barisan Nasional (BN) gagal memenangi PRU15. Naratif yang Lokman bawa kali ini adalah menggugurkan Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai poster boy BN bagi menghadapi PRU15.

Sebelum ini, Lokman Adam menggunakan pendekatan melaga-lagakan pemimpin utama UMNO. Beliau lagakan Presiden UMNO Zahid dengan Ismail Sabri, Najib Razak dengan Zahid dan juga dengan Ismail Sabri. 

Hasutan tersebut dibuat dalam video siar langsungnya yang terbaru.

Lokman menipu apabila menuduh PM Ismail Sabri mengarahkan supaya cawangan UMNO di seluruh negara yang sedang bermesyuarat sekarang supaya mencadangkan PM Ismail Sabri dikekalkan sebagai poster boy bagi PRU15 kelak.

Fakta sebenarnya keputusan mencalonkan PM Ismail Sabri sebagai poster boy BN sudah mendapat sokongan sebulat suara bukan sahaja dari Top 5, Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri sahaja malah mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari perwakilan seluruh negara di Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Khas Agung UMNO baru-baru ini.

Malah di mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dua minggu yang lalu juga menegaskan bahawa PM Ismail Sabri adalah satu-satunya calon poster boy BN. Oleh itu, usul khas dari cawangan tersebut dilihat amat mengarut?

Persoalannya, perlukah cawangan membuat usul mengugurkan nama Ismail Sabri sebagai Poster Boy sedangkan perkara tersebut telah diputuskan sebelum ini. Siapa Lokman dalam UMNO yang jelas menolak keputusan PAU dan MKT?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *