October 16, 2024

Tindakan beberapa pemimpin UMNO bawa masuk ahli PKR ke dalam UMNO seolah-olah mendukung biawak hidup. Buat pengetahuan semua, Lokman Adam merupakan ahli UMNO. Kemudian beliau masuk PKR. Kini beliau masuk UMNO semula.

Perjalanan politik Lokman Adam bermula dari ahli biasa, jadi ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, jadi calon pilihanraya kecil, digantung, dipecat dari parti dan akhirnya diterima balik. Beliau dilihat masih belum sedar dari semua langkah sumbang tersebut. Lokman kini menyerang Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri.

Di peringkat UMNO Bahagian, Lokman Adam dikatakan gagal mendapat sokongan. Beliau bertanding dua kali untuk jawatan Ketua Pemuda Cawangan namun kalah. Malah Lokman turut kalah bertanding di bahagian. Beliau hanya mendapat 18 undi sahaja untuk jawatan Naib Ketua Bahagian.

Tindakan Zahid membawa masuk kembali Lokman Adam ke dalam UMNO dikatakan untuk dijadikan ‘Kuda Trojan’ bagi menyerang Perdana Menteri tanpa henti kini dipersoalkan.

Malah belaiu dikatakan turut membawa masuk kembali Zaid Ibrahim ke dalam UMNO. Tugas Zaid Ibrahim juga dikatakan menjurus ke arah memesongkan fakta perjalanan kes Najib dengan harapan ahli UMNO akan memberi tekanan kepada PM Ismail Sabri supaya mencampuri urusan mahkamah terhadap mana-mana kes pemimpin UMNO selepas Najib. Adakah ini sebenarnya termasuk  47 kes yang dihadapi oleh Presiden UMNO itu sendiri?

Persoalan tersebut kini perlukan jawapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *