December 18, 2024

MEMANG tidak beretika tindakan musuh Dato Seri Ismail Sabri yang kini semakin agresif menyerang para pegawai beliau apabila mereka gagal menyerang PM. Apabila PM memperjuangkan nasib rakyat secara berterusan, musuh tidak senang duduk. Ismail Sabri berjaya mengekang ‘kartel’ kaya raya kerana selama ini mereka begitu bebas memonopoli pasaran barangan keperluan harian rakyat.

Kegagalan serangan terhadap PM menyebabkan pelbagai fitnah mula direka untuk burukkan imej beliau menyebabkan mereka turut juga turut menyerang ‘orang di sekeliling’ Perdana Menteri terutamanya pegawai kanan beliau.

Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri sendiri menjadi sasaran serangan dari musuh PM. Beliau difitnah kononnya meletakkan sejumlah angka atau bentuk bayaran sekiranya sesiapa ingin bertemu atau berurusan dengan YAB Perdana Menteri.

Perlukah mereka membuat fitnah jahat yang tidak masuk akal. Apakah sehebat itu seorang Perdana Menteri apabila untuk bertemu dengannya perlu membayar sejumlah RM200-RM300 ribu?

Fitnah yang berleluasa itu dilihat sangat tidak berasas. Kita tidak pernah mendengar pendedahan dari mulut mereka yang datang bertemu dengan YAB Perdana Menteri bahawa mereka dikenakan bayaran. Malah tidak pernah satu laporan dibuat kepada SPRM berkait dengan perkara itu.

Jika benar seperti yang didakwa oleh musuh-musuh PM Ismail Sabri, maka bodoh sangatlah sesiapa yang membayar wang tersebut kerana rakyat biasa dan ‘orang parti’ boleh sahaja duduk minum dan berbual panjang dengan YAB Perdana Menteri tanpa perlu membayar walau satu sen pun.

Mana mungkin rakyat terpaksa membayar sejumlah wang tersebut sekadar datang bertemu Perdana Menteri. Tuduhan jahat dan melulu ini direka untuk memperlihatkan betapa teruknya pejabat perdana menteri dengan mengharapkan ada yang hilang pertimbangan dan begitu dangkal untuk mempercayainya.

Kita tahu siapa ‘Edisi Siasat’ yang diwujudkan khas untuk menyerang dengan rekayasa jahat pihak-pihak tertentu yang diarahkan oleh ‘majikannya’. Beberapa laporan rasmi telah pun dibuat sejak dulu berkait dengan fitnah jahat dan bodoh ini.

Kita mengharapkan agar pihak PDRM menyegerakan siasatan keatas laporan-laporan yang telah dibuat sebelum ini dan jika tiada tindakan maka kita perlu mendesak agar diperjelaskan laporan hasil siasatan kenapa pemilik ‘Edisi Siasat’ ini dilihat begitu kebal.

Siapa di belakang ‘Edisi Siasat’ ini yang secara berterusan menyalurkan pelbagai sumber yang salah dan tidak tepat semata-mata untuk merosakkan imej pejabat perdana menteri?

Mereka perlu bertindak matang apabila gagal memburukkan PM Ismail Sabri. Tindakan memburukkan pegawai-pegawai PM dilihat sebagai tindakan terdesak musuh politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *