December 18, 2024

Kereta Perodua Myvi milik seorang guru pusat tuisyen di Taman Baiduri di sini terbakar pada bahagian bumper belakang dipercayai angkara perbuatan ah long.

Kejadian kira-kira jam 4.16 pagi itu hanya disedari Lee Mei Ching, 54, selepas terdengar bunyi hon kereta dan loceng rumahnya ditekan beberapa kali.

Menurutnya, ketika kejadian dia, suami serta anak lelaki berusia 25 tahun sedang tidur.

“Saya terjaga selepas dengar bunyi hon kereta dan loceng rumah ditekan beberapa kali.

“Apabila saya tengok di luar, kereta Perodua Myvi saya yang diparkir dalam garaj sedang terbakar pada bahagian bumper belakang sebelum berjaya dipadamkan,” katanya kepada media pada Rabu.

Menurutnya, apabila diperiksa, terdapat serpihan plastik yang dibakar ditinggalkan di atas bumbung keretanya.

Ujarnya, terdapat juga nota yang tertera nama ‘Ong Teck Xiang’ beserta alamat rumahnya.

“Dalam nota itu turut meminta menghubungi nombor WhatsApp Simon. Saya tak kenal dia siapa dan rasanya ada orang yang menggunakan identiti dan alamat rumah saya untuk meminjam wang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *