“Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Tok Mat) telah menerima suapan (rasuah) daripada Teh Ho Ann (Teh) berhubung dengan kerja-kerja pembalakan di Negeri Sembilan dan pajakan tanah di sekitar Negeri Sembilan bagi projek ladang kelapa sawit. Terdapat hubungan rasmi di antara Teh dan Tok Mat dimana Tok Mat ada memberi kelulusan projek kepada Teh di Negeri Sembilan” – Sebahagian kandungan dari laporan dari portal Malaysia Today bertarikh 4hb April 2022.
Menurut laporan itu lagi, nilai suapan yang diterima adalah bernilai RM10juta dan Mohamad Hasan menggunakannya untuk membeli kediaman mewah di London.
Kes tersebut menjadi bualan ramai di kalangan pemerhati politik, pemimpin UMNO BN di seluruh peringkat dan juga rakyat.
Hangat diperkatakan bahawa wujudnya campurtangan dari YAB Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir dan Peguam Negara pada waktu tersebut Tommy Thomas?
Ada yang mula sedar dan membandingkan kelantangan suara Muhamad Hasan ketika kerajaan Pakatan Harapan dengan kerajaan selepas Mahathir melepaskan jawatan.
Benarkah Muhamad Hasan ada pertemuan sulit dengan Mahathir serta Tommy Thomas supaya kes beliau dijadikan ‘Tiada Tindakan Selanjutnya’ atau ‘No Futher Action’ (NFA)?
Suara serangan Muhamad Hasan tidak segarang ketika Muhyiddin dari parti PPBM menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir dan turut mengkritik dengan keras pentadbiran Ismail Sabri yang menjadi Perdana Menteri bagi mewakili UMNO BN selepas Muhyiddin meletakkan jawatan walaupun Ismail adalah dari parti yang sama dengannya.
Tindakan menyepi diri ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah seolah-olah Muhamad Hasan atau Tok Mat tiada langsung dari radar politik negara. Menikus untuk menyanggah betapa banyaknya kerosakan yang dibuat oleh kerajaan Mahathir terhadap rakyat dan negara.
Tok Mat perlu tampil membuat penjelasan segera berhubung kes rasuah yang terkait dengan dirinya kepada akar umbi UMNO BN. Benarkah beliau ada berjumpa dengan Mahathir untuk melepaskan diri?