Lelaki yang mencabul dua wanita di sebuah bangunan di Cyberjaya, berjaya diberkas hari ini.
Penahan suspek disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
Katanya, setakat ini beliau sedang menunggu laporan lengkap mengenai penahanan itu dan masih belum boleh mendedahkan mengenai kes itu.
Semalam dua wanita menjadi mangsa cabul dan polis mendedahkan perbuatan itu dilakukan suspek sama.
Kejadian pertama membabitkan wanita berusia 27 tahun pada 2 petang di kawasan parkir tingkat dua bangunan manakala kes kedua berselang 15 minit membabitkan wanita berusia 34 tahun berhampiran lif.
Polis mengesahkan perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu.