December 18, 2024
Disebabkan hal itu, ramai calon menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tempat meluahkan rasa terkilan.

Trending di Twitter ujian mendengar Bahasa Melayu SPM 2021 yang dikatakan agak mengelirukan. Kebanyakan daripada calon mendakwa perkataan ‘Salang Sayang Resort’ yang disebut dalam pita rakaman tidak kedengaran dengan jelas menyebabkan mereka tidak dapat menjawab dengan baik.

Disebabkan hal itu, ramai calon menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tempat meluahkan rasa terkilan. Lebih parah apabila ada yang mengambil keputusan ‘kurang bijak’ dengan meninggalkan review buruk mengenai resort itu di Google. Memang wujud ye Salang Sayang Resort ni.

Seorang lagi calon berkata, “Kalau aku fail SPM semua salah kau ya.”

Hal itu menyebabkan netizen tidak berpuas hati dan menganggap pelajar-pelajar SPM ini kurang bijak dan bertindak mengikut emosi. Iyalah, tak pasal-pasal resort yang kena tempias pelajar-pelajar yang salah dengar ni.

Admin Salang Sayang Resort walau bagaimanapun dilihat tenang dan meninggalkan ucapan yang baik-baik buat calon SPM batch 2004. Dia juga memohon calon-calon tidak marah dan kekal tenang.

Sebanyak 3,382 pusat peperiksaan dibuka bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) termasuk Ujian Amali Sains peperiksaan SPM 2021.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu dilaksanakan bermula 8 Februari hingga 10 Februari, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 22 hingga 24 Februari manakala Ujian Mendengar kedua-dua bahasa akan dibuat pada 21 Februari.

Kredit: Twitter mfitsayie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *