December 18, 2024

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Menteri Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ahli Parlimen Labuan itu mendakwa pada masa yang sama pembantu itu memberi ugutan bahawa dia akan diheret ke mahkamah jika menolak tawaran tersebut.

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli memfailkan permohonan untuk membatalkan kes rasuahnya yang dikaitkan ketika dia menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) lima tahun lalu.

Bekas ahli politik BN itu mendakwa ini kerana kes jenayah tersebut berpaksikan atas keengganannya untuk meninggalkan parti pembangkang Warisan yang berpangkalan di Sabah dan menyertai parti pemerintah, Bersatu.

Rozman, 58, selaku pemohon memfailkan permohonan itu semalam menerusi Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Pihak media memperoleh notis permohonan daripada peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman selepas pengurusan kes itu hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.ADS

Berdasarkan permohonan itu, dia juga memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Sesyen digantung sementara sehingga selesai permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat antaranya atas alasan pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dikenakan terhadapnya tidak berasas sama ada dari segi fakta mahupun perundangan dan dilakukan dengan niat jahat selain menyalahgunakan proses mahkamah.

Pada 14 Okt tahun lalu, Rozman didakwa atas pertuduhan rasuah, yang mendakwa dirinya menggunakan jawatannya ketika itu untuk mendapatkan kontrak kerajaan untuk sebuah syarikat, yang dikatakan mempunyai kepentingan yang dikaitkan dengan bapa dan adik lelakinya.

Semasa sidang media sejurus selepas dia didakwa pada hari itu, tertuduh mendakwa pertuduhan yang dikenakan adalah kerana keengganannya berpaling tadah daripada Warisan dan menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Menurut salinan afidavit bagi menyokong permohonan membatalkan saman itu, Rozman mendakwa antara mereka yang cuba memujuknya meninggalkan Warisan adalah seorang pegawai SPRM, pembantu perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yasin, dan seorang timbalan menteri.

Dia mendakwa ini adalah sebahagian daripada usaha untuk cuba mendapatkan sokongannya sejak 29 Feb 2020, susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan kepada pentadbiran PN, yang kemudiannya diterajui oleh Presiden Bersatu Muhyiddin.

Rozman mendakwa pada 16 Mac tahun itu, dia telah dipanggil oleh SPRM dari Putrajaya untuk merakamkan kenyataan semasa sesi yang berlangsung selama enam jam. Katanya, , seorang pegawai daripada suruhanjaya itu didakwa bertanya mengapa begitu sukar bagi ahli parlimen Warisan itu meninggalkan parti tersebut dan menyokong Muhyiddin.

“Kenapa susah sangat nak sokong PM kita ini, kalau YB (Yang Berhormat Rozman) beri sokongan, kerja saya pun jadi senang,” dakwa ahli Parlimen itu.

Rozman juga mendakwa bahawa kemudian sekitar bulan Ramadan pada 2020, dia menerima panggilan telefon daripada seorang pembantu Muhyiddin, dan “Saya telah ditawarkan jawatan pengerusi Perbadanan Labuan dengan syarat saya menyertai parti PPBM (Bersatu) dan meninggalkan Parti Warisan Sabah”.

Ahli Parlimen Labuan itu mendakwa pada masa yang sama pembantu itu memberi ugutan bahawa dia akan diheret ke mahkamah jika menolak tawaran tersebut.

Rozman mendakwa pada pertengahan Mac tahun lalu, dirinya dihubungi oleh seorang pegawai dari ibu pejabat SPRM untuk memberikan tarikh lapang untuk dihadapkan ke mahkamah.

Dakwanya, pada keesokan hari, dia menerima panggilan telefon daripada seorang kawan dari Sabah, yang menawarkan untuk membantunya bagi memastikan SPRM tidak meneruskan kes terhadapnya dengan syarat dia menyertai Bersatu dan menyokong Muhyiddin.

Namun, menurut Rozman, dia menolak tawaran tersebut ketika berjumpa kawannya itu di Kota Kinabalu pada 23 Mac tahun lalu.

Ahli Parlimen Labuan itu juga berhujah bahawa beberapa hari selepas itu, seorang timbalan menteri memanggilnya untuk berjumpa rakannya di SPRM, yang didakwa boleh membantunya daripada diheret ke mahkamah. Pemohon mendakwa dia turut menolak tawaran tersebut.

Tertuduh mendakwa beberapa hari selepas itu, dia diberi notis mengejut untuk menghadiri pemeriksaan oleh SPRM pada 16 Julai tahun lalu, dan ketika berada di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Rozman berkata, dia dimaklumkan akan didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur beberapa hari kemudian pada 23 Julai (namun, dia hanya didakwa pada 14 Okt tahun lalu).

Dia berhujah bahawa dia kemudian membuat laporan polis pada 18 Julai tahun lalu, bagi melindungi dirinya dan membersihkan namanya serta mempertahankan diri di mahkamah.

“Saya dinasihati oleh peguambela saya yang mana saya sesungguhnya percaya bahawa mahkamah yang mulia ini mempunyai kuasa untuk membatalkan dan/atau mengetepikan pertuduhan yang dikenakan terhadap saya yang mana telah dilakukan dengan niat jahat, bersifat penindasan dan terjumlah kepada satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Saya juga dinasihati oleh peguamcara saya nasihat yang mana saya sesungguhnya percaya bahawa satu salah-laksana keadilan (miscarriage of justice) akan berlaku jika pertuduhan terhadap saya tidak dibatalkan dan/atau diketepikan serta-merta.

“Ia akan memberi kesan, kepada rakyat dan pengundi-pengundi di Labuan, bahawa seolah-olah saya berhadapan dengan kesalahan jenayah,” kata Rozman dalam afidavit yang ditandatanganinya semalam.

Mahkamah sebelum ini menetapkan lima hari bermula 9 Mei ini untuk perbicaraan kes itu dan seramai 42 saksi pendakwaan akan memberi keterangan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *