December 18, 2024
Muda lebih kepada mengganggu undi semata-mata. Dan itulah yang DAP mahukan dari Muda.

SEMUA pihak tahu bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terkejar-kejar populariti tanpa ada wawasan sebenar bagi berjuang demi anak bangsa.

Hanya budak hingusan sahaja memuja parti picisan DAP ini. Mungkin ramai yang tidak perasan, parti MUDA ini membawa visi “Demokratik” sebagaimana parti DAP. Mereka akan bertarung di Johor di pentas pilihan raya negeri.

Hal itu memandangkan PRN Johor kali ini bakal menyaksikan pilihan raya pertama yang melaksanakan Undi18, yang – antara lain – membenarkan pengundi semuda 18 tahun memilih wakil rakyat mereka.

Ramai melihat MUDA sekadar juara di alam maya dengan kempen-kempen yang sering diperkatakan, seperti Mari Bantu yang kononnya berjaya mengutip sumbangan awam bernilai jutaan ringgit yang disalurkan kepada mangsa banjir tahun lalu, selain menikmati reaksi dan perkongsian yang kencang di platform media sosial.

Namun MUDA tetap dilihat hanya menyerlah sekadar di alam maya. Populariti sebegitu belum terjamin akan diterjemahkan pada kertas undi.

Apa yang dilihat di alam maya berbeza pada realitinya. Muda mungkin menjadi pilihan segmen orang muda yang lebih terbuka dan liberal, namun kelompok yang lebih besar akan lebih cenderung untuk memilih Umno.

Muda lebih kepada mengganggu undi semata-mata. Dan itulah yang DAP mahukan dari Muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *