December 18, 2024

SEBAGAIMANA yang kita tahu perangai Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini dikatakan agak “liar” terutama membabitkan isu pergaulan sosial.

Terbaharu dakwaan beberapa sumber mengatakan beliau memiliki sebuah banglo bernilai jutaan ringgit.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan rumah dikatakan “banglo besar” itu sudah disewa sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

“Lagi dekat nak ‘election’ Johor makin banyak fitnah saya dapat sampai sanggup buat video mahal-mahal, guna studio untuk jatuhkan saya.

“Tapi yang paling lawak sekali ada yang kata saya ada banglo mewah berjuta-juta ringgit, ada swimming pool,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pengguna Twitter yang menggunakan nama Mario dan memuat naik gambar banglo tersebut yang didakwa dilengkapi kolam renang mudah alih serta mempersoalkan pengisytiharan harta dibuat Syed Saddiq berjumlah RM722,312 pada 2019.

Katanya, rumah berkenaan dijadikan tempat perjumpaan dan bermesyuarat terutama yang membabitkan MUDA kerana parti itu masih belum mempunyai pejabat.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan ditimbulkan itu.

Peringatan untuk Syed Saddiq, semoga beliau tidak menyesal jika pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci berkenaan dakwaan tersebut memandangkan kes beliau di mahkamah masih lagi berjalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *