December 18, 2024

Concorde Club Event - Discussion with Muar MP Syed Saddiq at Menara Star. -AZMAN GHANI/The Star

Ketika Syed menjadi menteri belia di bawah kerajaan Mahathir pimpinan Dap, beliau tidak berfikir apa-apa mengenai politik beliau.

Mungkin bagi anak muda yang mengalami kejutan budaya, menjadi menteri di usia yang begitu muda, seronok menikmati kehidupan seharian sebagai seorang menteri yang bergaji puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Rakyat dihidangkan dengan pelbagai aksi dan gelagat Syed di pejabatnya sebagai menteri dan lagak lakonannya yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat. Paling teruk, janji beliau untuk membawa balik rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura supaya dapat bekerja di negara sendiri. Langsung tidak diusahakan.

Akhirnya kerajaan pimpinan Dap tersebut jatuh dengan sendiri apabila Mahathir meletakkan jawatannya. Syed tersungkur dan bermulalah episod wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit ditemui di dalam rumah beliau dan ahli jawatan kuasa kanannya.

Beliau diheret ke mahkamah melalui kes penyelewangan wang parti sendiri.

Turut menjadi tanda tanya, kemana perginya dana sebanyak RM5juta yang diluluskan oleh Mahathir kepada satu NGO yang Syed dikatakan pemegang amanahnya? Apa orang muda dapat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *