November 16, 2024

Realitinya Pakatan Harapan tidak perlukan MUDA sebagai ahli komponen mereka tetapi cukuplah MUDA sebagai parti yang menyokong mereka kata sumber bilik gerakan.

MUDA masih baharu di dalam gelanggang politik dan tidak cukup kuat untuk menarik perhatian pengundi yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Satu DUN bukannya semua pengundi muda sahaja, bercampur dengan pelbagai peringkat usia kata sumber lagi.

Tambahan pula rekod buruk Syed Saddiq bakal membawa bencana kepada hilangnya undi kepada Pakatan Harapan. Skandal dengan perempuan, wang tunai dijumpai di dalam rumahnya dan kediaman jawatan kuasanya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kehidupan sosialnya tidak boleh dijadikan contoh.

Pakatan Harapan ada YB Maszlee yang bertaraf Phd. Beliau lebih layak dari Syed Saddiq untuk dijadikan Menteri Besar. Tiada isu besar selain janji hapuskan tol Simpang Renggam yang bakal dilupai pengundi.

Kami yakin Maszlee boleh jelas sumber lagi.

Berlainan dengan kem Kit Siang yang nampak lebih mesra MUDA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *